Bekas Pemain MU, Ryan Giggs Ugut Sebar Video S*ks, Baling Laptop Pada Mantan Kekasih
Maliah Surip
10/08/2022 07:50 MYT
10/08/2022 07:50 MYT
Perbicaraan kes berprofil tinggi di antara bekas bintang bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs dan pasangannya, Kate Greville yang sedang berlangsung, ‘berjalan’ dengan tegang.
Hal itu lantaran Greville mendedahkan sikap buruk dan betapa dia trauma sepanjang berkongsi hidup dengan Giggs, 48 tahun.
Greville yang mula mengalami mimpi buruk dengan Giggs sejak 2017 dan mengakhiri asmara pada 2020 mendakwa pemain bola tersebut bukan sahaja mengawal kehidupannya, seorang yang kuat cemburu dan sentiasa mahukan seks, tetapi juga telah menderanya.
Dalam keterangan kepada polis pada 2020, Greville mendakwa pernah ditendang keluar dari bilik hotel dalam keadaan bogel kerana dia bertanya adakah Giggs sedang menghubungi wanita lain.
Dia juga mendakwa Giggs pernah dua kali membaling laptop yang mengenai kepalanya.
“Saya juga selalu diugut. Dia mahu menyebarkan video atau foto kami melakukan hubungan seks hanya jika saya tidak membalas pesanan yang diberikan olehnya,” dakwa wanita itu lagi seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Selain itu, wanita yang pertama kali bertemu Giggs pada tahun 2013 sewaktu bintang tersebut menjadi salah seorang kliennya juga mengatakan lelaki tersebut menjalin banyak hubungan dengan orang lain dalam satu masa.
“Saya boleh katakan dia pernah menjalin hubungan dengan lapan wanita serentak sewaktu masih bersama saya. Semua bukti mengenainya ada,” katanya lagi.
Giggs bagaimanapun menafikan semua pertuduhan yang dibuat oleh wanita yang terlebih dahulu menjadi skandalnya sewaktu dia masih mempunyai isteri.
Kredit Foto: The Sun & Aussie Celeb