,
Laman Utama

Bekas Pesakit COVID-19 Dah Tak Kebal

Azwa Rahman
15/04/2022
06:08 MYT
Bekas pesakit COVID-19 tidak lagi ‘kebal’ dalam tempoh tiga bulan untuk dijangkiti virus tersebut.
Hal ini kerana, berdasarkan kajian yang dilakukan di Denmark, seramai 17 daripada 64 individu mengalami jangkitan semula dalam tempoh 20 hari.
Selain Denmark, jangkitan semula itu dikesan menjadi trend di dua negara lain iaitu United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) pada masa ini.
Namun begitu, kebanyakan mereka yang dijangkiti semula dalam tempoh tersebut hanya mengalami gejala sederhana dan hanya perlu isolasi sahaja.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kes jangkitan semula tersebut terutamanya terhadap golongan muda.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini tiada vaksin yang mampu mencegah jangkitan semua COVID-19. Beliau berkata demikian mengulas mengenai trend jangkitan semula dalam tempoh singkat selepas jangkitan pertama yang sedang berlaku di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, warga emas yang mempunyai komorbid berisiko tinggi ditawarkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua.
Jelasnya, dos penggalak kedua itu boleh diberikan dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.
Tambah beliau, keputusan tersebut dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian-kajian saintifik serta kajian kohort Malaysia yang menunjukkan bahawa individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetes berisiko lebih tinggi untuk mendapat gejala serius serta kematian akibat COVID-19.
Bagi mereka yang layak digalakkan untuk mengambil dos penggalak bagi meningkatkan lagi imuniti.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.