Bekas Pramugari Jadi Sukarelawan, Penerima Vaksin Di PPV IDCC Lepas Rindu Berada Di Lapangan Terbang

Azwa Rahman
Jun 3, 2021 08:38 MYT
Penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) berkongsi pengalaman seakan-akan berada di lapangan terbang apabila mendengar pengumuman suara bekas kru penerbangan Malaysia.
Menerusi laman sosial Twitter, Penolong Pegawai Perubatan, Muhamad Syafiq Mohd Rashid, 27, memuat naik video berdurasi 15 saat menunjukkan suasana di sekitar IDCC.
Pada perkongnsian video itu, seorang wanita dipercayai bekas kru penerbangan Malaysia sedang membuat pengumuman berkaitan borang persetujuan vaksinasi COVID-19.

Korang kalau rindu announcement kat airport/dalam flight, boleh datang cucuk vaksin kat IDCC Shah Alam. Our staff mostly former flight crew dari AirAsia and Malaysia Airlines ??❤️ pic.twitter.com/M7HuYsPVvX

— Niran Chai (@aafirashid) June 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nada suaranya memberi taklimat dan panduan vaksinasi seakan-akan pramugari memberikan demonstrasi keselamatan ketika berada di dalam pesawat.
Sementara itu, rata-rata penerima vaksin turut memberikan penghargaan dan memuji petugas di IDCC kerana telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan proses berjalan lancar.
Malah, ada yang mengubati kerinduan berada di lapangan terbang selepas kerajaan mengambil langkah menyekat penerbangan keluar masuk akibat pandemik.
"Hebat! Anda memang terbaik. Rindu nak fly, rindu nak dengar announcement, rindu semua la,” komen seorang wargamaya.
"Tolong rekod lagi, tapi lama sikit videonya!!! rindu nak naik 'flight'," kata seorang wargamaya.
"Sedapnya suara... nak cucuk vaksin hari-hari pun sanggup,” usik seorang wargamaya.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 200,000 tontonan daripada warga Twitter.
Sumber: Sinar Harian
#Lapangan terbang #Bekas pramugari #PPV IDCC