gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dalam Fasa Bahagia Bersama Suami Baharu, Sharifah Sakinah Tetap Anggap Diri Ibu Tunggal - “Anak Saya Tak Panggil Dia…”
HIBURAN
Dah Lama Terima Kifarah, Ini Sebab Fara Salleh Kahwin Dengan Shuk Sahar - “Apa Yang Saya Nampak…”
HIBURAN
Vida Sebak Melawat Pusara Nurly Syahirah, Bawa Pelajar Tahfiz Lihat Al-Quran Tulisan Tangan Arwah - “Sangat Cantik & Kemas…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
10/07/2025
21:25 MYT
Sponsor Banner
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
Pelakon, pengacara dan bekas Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran, tampil berkongsi pengalaman hitam apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul oleh seorang sami di sebuah kuil di Sepang.
Menerusi satu hantaran panjang di Instagram, Lishalliny menceritakan trauma mendalam yang dialami sejak kejadian tersebut dan menjelaskan keputusan untuk akhirnya bersuara selepas sekian lama berdiam diri.
“Am I healed? No. Am I still traumatised? Yes. Am I ashamed? Still, yes. Do I cry myself to sleep? Every night,” luahnya.
Menurutnya, insiden berkenaan berlaku sekitar bulan Jun ketika dia ke kuil sendirian kerana ibunya berada di luar negara. Seorang sami yang dikenalinya dan dilihat sering membantu pengunjung baru dilaporkan menawarkan ‘berkat dan doa khas’ secara individu sebelum membawa Lishalliny ke sebuah bilik.
“Without warning, he put his hands inside my blouse, into my bra, and started touching me inappropriately. He said it would be a ‘blessing’ if I did ‘it’ with him because he serves God,” dakwanya.
Tambah Lishalliny, selepas kejadian itu dia mengalami trauma, gangguan tidur dan rasa malu yang mendalam, namun akhirnya nekad menceritakan kepada keluarga pada 4 Julai sebelum membuat laporan polis pada hari sama.
Lebih mengejutkan, menurut Lishalliny, pihak pengurusan kuil seolah-olah lebih mementingkan reputasi tempat ibadah berkenaan berbanding kebajikan mangsa.
Malah difahamkan, sami tersebut pernah dilaporkan sebelum ini atas dakwaan sama tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes cabul di kuil berkenaan dan siasatan kini sedang dijalankan. Sami yang terlibat dilaporkan hanya menggantikan tempat sami utama yang tiada pada waktu kejadian.
Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar tampil memberikan maklumat sekiranya mempunyai sebarang info berkaitan suspek bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Ratu Cantik
#Cabul
#Kuil
#Miss Grand Malaysia
#Lishalliny Kanaran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement