gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kencing Keluar Serangga Gara-Gara Seluar Dalam Kotor
HOLLYWOOD
Bekas Suami Dedah Cerai Halle Berry Sebab Tak Masak
HIBURAN
Ibu Anna Jobling Kongsi Keadaan Tangan Bengkak, Menangis Di Balai Polis - "Bagilah Banyak Mana Injuksi, I Tak Gentar! Kalau Masuk Penjara Pun..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Bekas Suami Dedah Cerai Halle Berry Sebab Tak Masak

Maliah Surip
Maliah Surip
11/08/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Bekas Suami Dedah Cerai Halle Berry Sebab Tak Masak
Bekas suami Halle Berry, David Justice mendedahkan punca dirinya bercerai dengan aktres tersebut.
Justice bercakap tentang kisah silam tersebut sewaktu muncul di podcast milik Matt Barnes, All the Smoke, baru-baru ini.
Mantan pemain bila keranjang itu antaranya mengatakan sebagai suami dia hanya mahu membina keluarga sederhana dan memiliki anak.
Semuanya berjalan lancar dan manis pada lima bulan pertama perkahwinan dengan Berry pada tahun 1993.
“Saya hanya mahu sebuah perkahwinan yang sederhana. Pada pemahaman saya, setelah berkahwin saya mahu memiliki anak.
“Saya mahu isteri menguruskan rumah tangga dan menguruskan anak.
“Isteri saya sekurangnya perlu memasak, membersihkan rumah - sesuatu atau tugas tradisional yang dilakukan para isteri,” kata Justice seperti dilaporkan People.
Namun keinginannya tidak sama seperti realiti. Justice mendedahkan pada waktu itu, sewaktu mereka masih muda, Berry tidak memasak.
“Pada waktu itu Berry tidak memasak. Tidak membersihkan rumah dan tidak mempunyai perwatakan seperti isteri yang siap menjadi ibu.
“Jadi ia membuat saya berfikir ‘okay, adakah ini wanita yang mahu saya habiskan masa dan miliki anak bersama?’”dedahnya.
Perkahwinan bintang Monster’s Ball dan Cat Women bersama Justice hanya bertahan selama lima tahun iaitu daripada 1993 sehingga 1997.
Selain Justice, Berry juga pernah berkahwin dengan Olivier Martinez dan Eric Benet.
Topic Berkaitan
#cerai
#masak
#Suami
#Halle Berry
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement