Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bekas Suami Dewi Perssik Tunjuk ‘Anu’ Pada Lelaki, Paksa Buka Seluar

Maliah Surip
04/08/2024 12:55 MYT
Nama Saipul Jamil sedang menyita perhatian netizen Indonesia selepas didakwa melakukan hal tak senonoh secara atas talian kepada seorang lelaki.

Bekas suami Dewi Perssik tersebut didakwa telah menunjukkan kemaluannya kepada seorang lelaki sewaktu mereka membuat panggilan video menerusi Instagram.

Tunjuk 'anu'

Oleh kerana tidak tahu untuk bertindak, lelaki tersebut meminta bantuan seorang aktivis kucing yang popular di X, @dhemit_is_back01.

"Pagi bang, bisa bantu saya buat lapor polis bang. Ada salah satu artis ini memperlihatkan alat kelamin ke saya bang," kata mangsa seperti dilaporkan InsertLive.

Pemilik akaun X itu menjelaskan mangsa pada awalnya sedang berbual dengan Saipul Jamil sebelum penyanyi dangdut itu menunjukkan alat kelaminnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Lori Didakwa Tunjuk Anu Kepada Kanak-Kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Selamba Tayang 'Anu' Depan Masjid

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Rela Dimadukan, Wanita Kelar Anu Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Foto Separuh Bogel, Nam Ron Diganggu Individu Suka Lelaki Berusia - "Ada Banyak Gambar Lelaki Tua Tayang Anu"

ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya Minta Lelaki Miang Jangan Kacau Privasi, Berhenti Hantar Gambar Anu - "I Sayang U, I Sayang U, Apa Kau Merepek Ni Setan?"

Saipul Jamil juga didakwa meminta lelaki tersebut membuka seluarnya.

Terkejut dengan perlakuan tak senonoh itu, lelaki tersebut mematikan talian dan meninggalkan perbualan mereka.

Namun dia berasa tindakan biadab Saipul patut ditangani oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku kepada orang lain.

#Saipul Jamil #Dewi Perssik #Kemaluan