Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Bekas Suami DSV Tuntut Hak Lawatan Anak, Dakwa Hampir Dua Tahun Tak Jumpa Cik B & Kacak!

Fiza Kamarudin 03/11/2020 | 07:48 MYT

Bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV), telah memfailkan hak penjagaan terhadap dua anak mereka.

Mohd Amin Yasin, yang merupakan seorang ahli perniagaan mendakwa tidak bertemu anak-anaknya Nur Edlynn Zamileen (CikB) 15, dan Muhammad Eric Zecquan (Kacak), 13, selama hampir dua tahun.
Saman tersebut dikemukakan Mohd Amin pada 21 Oktober lalu dan sebutan kes dibacakan di di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutti.
Peguam Mohd Zaki Zainal Abidin, yang mewakili Mohd Amin, ketika ditemui berkata, anak guamnya hanya memohon hak lawatan dan tidak berniat untuk menuntut hak penjagaan anak-anak.
"Anak guam saya tidak bertemu dan tidak melihat anak-anak selama hampir dua tahun," katanya.
Dalam pada itu Mohd Zaki berkata, mahkamah menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan kedua-dua pihak, serta Nur Edlynn Zamileen (CikB) dan Muhammad Eric Zecquan untuk hadir pada hari tersebut.
Mohd Amin dan DSV berkahwin pada tahun 2000 dan perkahwinan itu tersebut bertahan selama lapan tahun.
Sepanjang tempoh tersebut mereka dikurniakan empat orang anak iaitu, Nur Edlynn Zamileen, Muhammad Eric Zecquan, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.
Namun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri terkorban dalam kebakaran yang berlaku di kediaman DSV di Ipoh, Perak pada tahun 2013.

Foto/Sumber: BERNAMA

#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Mahkamah #Hak Penjagaan Anak
;