Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bekas Suami Kak Lina Pom Pom Akhirnya Jenguk Anak

Kamaruddin Razal 07/12/2016 | 00:00 MYT
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta akhirnya datang melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia.
Wanita yang terkenal dengan nama Kak Lina Pom Pom itu meluahkan rasa syukur menerusi laman Instagram miliknya semalam.
“Assalamualaikum. Syukur hari ini 6 Disember Azmi Hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia sekarang ini di rumah saya, Cyberjaya. Syukur Sefhia tak menangis walaupun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Moga lawatan ini berterusan demi masa depan anak.
“Bercinta tiada salahnya, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan di halang bila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan terlalu asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri.
“Alhamdulillah. Senyum Hati saya. #LuasKanKasihSayang #HidupJanganDiBelengguDenganAmarah #PergilahSolat,” tulis bintang GegarVaganza 3 itu di laman Instagram miliknya.
Rata-rata pengikut laman Instagram penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu meninggalkan komen dan turut sama-sama bersyukur atas perkhabaran tersebut.
Peminat juga mendoakan masalah yang terjadi Elly dan bekas suami sebelum ini boleh diketepikan demi kebaikan anak mereka yang sedang membesar.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December Azmi hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia skrg ni di rumah sy , Cyberjaya .. Syukur Sefhia x menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dgn Bapa nya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak .. Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jgn di sia2kan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya.. #LuasKanKasihSayang #HidupJanganDiBelengguDenganAmarah #PergilahSolat ?????????

A photo posted by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

#Elly Mazlein
;