HIBURAN
Bekas Suami Liza Abdullah Meninggal Dunia
Bekas suami kepada pelakon, Liza Abdullah iaitu Zolkefli Abdul Rahman dilaporkan telah meninggal dunia pada malam rabu.
Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh anak perempuan Liza, Naffizz Zolkefli menerusi sebuah hantaran di Instagram.
“Salam, abah saya, Zolkefli bin Abdul Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada 10.45 jam malam tadi,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nafizz turut memaklumkan jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih.
“Jenazah akan dimandikan & disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30pagi dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih lebih kurang jam 10 pagi,” tambahnya.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga dan semua yang mengenali beliau.
Sebelum ini, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli Abdulah Rahman, namun bercerai pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga dan semua yang mengenali beliau.