Bekas Suami Nak Kahwin, Disaman Pula Isteri Skandal, Artis Berstatus Janda Kini Jiwa Kacau
07/10/2023 02:50 MYT
Selamat pagi semua! Sabtu ni buat apa je? Semoga terisi weekend korang semua dengan aktiviti yang berfaedah. Bolehlah luang masa dengan famili ke, keluar memancing ke tak pun duduk rumah layan movie!
Tapi sebelum korang keluar rumah, Miss K nak share satu cerita yang disampaikan oleh rakan baik Miss K semalam. Kus semangat! Agak panas teh kita kali ni ya.
Dia duk bercerita balik pasal kisah artis penyondol berstatus janda yang Miss K pernah kongsikan dulu. Alah, artis janda yang himpit suami orang sampai rumah tangga suami orang itu berantakan dengan isterinya.
Kawan Miss K dengar, emosi artis penyondol tu tengah dalam keadaan tak stabil sebab bekas suami dia dah nak kahwin bulan ni. Sampaikan emosi tak stabilnya tu menjangkit ke bakal isteri si bekas suami.
Kata artis tu, wanita yang bakal berkahwin dengan bekas suami takkan boleh ganti dirinya sebagai ibu kepada anaknya dengan bekas suami. Lepas tu, siap hantar mesej comel comel kepada bekas suami. Alamak, cemas lah Miss K macam ni.
Tapi, lagi memeningkan kepala Miss K bila artis janda tu dikhabarkan dah dapat surat saman daripada isteri lelaki yang dia cuba sondol. Aduh!
Apa pun, Miss K harap perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. Maklumlah, masing-masing ada nama dan boleh je Miss K rasa mereka discuss sesama mereka. Gitu.
Miss K: Try DM mesej cute dekat Park Seojoon, tapi lambat lagi dia nak balas. Siapalah Miss K ni eh?
BACA: Pengacara Wanita Sensasi Diburu, Alamak Apa Cerita Pula Tu?