Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital - “Anak-Anak Okay, Cuma Yem Nampak Mak Dia Masuk Ambulans”

Asyikin Mayudin
23/11/2022 07:25 MYT
Bekas suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin dimaklumkan aktres itu sudah ditidurkan atas beberapa faktor antaranya untuk memperbaiki pernafasan.

Belum mempunyai kesempatan untuk melawat, Faliq bagaimanapun berkata dia ada bertemu dengan Nad di rumah dan ketika itu bekas isterinya kelihatan lemah.

“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.

“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.

“Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan,” katanya kepada Gempak.

Faliq turut memberitahu dia ada melawat dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), setahun yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.

Menurut Faliq, Fahad Ibrahim atau Yem seakan-akan memahami situasi memandangkan anak sulungnya itu melihat sendiri ibunya dibawa naik ambulan.

“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.

“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Ungku Ismail memaklumkan aktres Nad Zainal yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat paru-paru berdarah kini dalam keadaan kritikal.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015.

Pada awal September lalu, aktres berusia 32 tahun itu mengesahkan mereka sudah bercerai namun enggan berkongsi butiran selanjutnya.

#Nad #Faliq #Nad ICU #Nad kritikal #Bekas suami Nad
;