Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bekas Suami Yang Bunuh Abby Choi Bukan Hanya Penganggur, Ada Rekod Curi Jongkong Emas

Maliah Surip
28/02/2023 14:48 MYT
Berita kematian tragis Influencer dan sosialit Hong Kong Abby Choi nampaknya telah membongkar sekali sisi hitam mantan suaminya, Alex Kwong Kong-chi.

Alex yang juga merupakan salah seorang suspek pembunuhan kejam itu dipercayai pernah terbabit dengan tujuh kes curi yang berlaku sekitar lapan sehingga 10 tahun lalu.

Rekod jenayah lampau itu terkuak selepas dirinya diheret ke mahkamah untuk menjalani pertuduhan bunuh Abby Choi yang berlaku di Kampung Lung Mei, daerah Tai Po.

Alex, 28, yang hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam pernah berhadapan kes jenayah curi pada tahun 2015.

Mengikut rekod, dia pernah berhadapan dengan kes curi sebanyak tujuh kali di mahkamah. Ia antaranya membabitkan pertuduhan mencuri 39 rantai, 32 gelang tangan, 13 batang jongkong emas, 102 emas, enam loket dan 10 tahel emas yang dicuri di antara Mei 2013 dan Januari 2015.

South China Morning Post juga melaporkan semua barangan tersebut dipercayai milik tujuh individu yang dipercayai dilakukan di beberapa lokasi termasuk Mong Kok, Yau Ma Tei serta Hotel Harbour Plaza Metropolis di Hung Hom, seperti dokumen yang dikeluarkan mahkamah.

Namun, Alex dilaporkan telah melarikan diri sekaligus gagal dihadapkan ke mahkamah meski waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Alex adalah empat suspek yang ditahan pihak berkuasa selepas kematian Abby Choi yang menggemparkan dunia apabila anggota badannya dipotong dengan bahagian kepala ditemui dalam periuk sup sementara kaki di dalam peti sejuk dan polis masih mencari beberapa anggota badan yang lain.

#Viral #Hong Kong #Suami #Bunuh #Curi #Jongkong Emas #Abby Choi
;