Bekas suami kepada pelakon sensasi Zarina Anjoulie, Eliyas Azhar telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Fazirah Nazri, hujung minggu lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Eliyas atau lebih dikenali sebagai Yas menerusi hantaran di Instagramnya pada Selasa.

"Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang dengan izin-nya kami telah dipertemukan dan disatukan dalam ikatan yang sah.

"Semoga Allah SWT berkati dan redho pada kehidupan kita semua. Kehidupan di Dunia hanya pinjaman sementara , yang kekal hanya kehidupan Akhirat.

"Manfaatkan masa, diri dan harta kita ni untuk kehidupan akhirat yang abadi. Sebaik baik hiasan dunia ialah Wanita Solehah. Terima kasih sudi menerima diri yang serba kekurangan ini.

"Syukur atas nikmat yang diberi Allah," tulisnya bersama foto-foto sepanjang majlis pernikahan mereka.


A post shared by Abang Photografer Berhelmet ?? (@photobyishak)


Perkongsian Yas di Instagramnya dihujani doa dan ucapan tahniah serta memuji majlis sederhana yang diadakan pasangan terbabit.

Malah, ada juga yang berseloroh memuji kecantikan Fazirah yang juga merupakan seorang jurusolek, yang dikatakan secantik Neelofa.

"Dari jauh angle gambar pengantin wanita macam Neelofa dulu nikah," puji seorang pengguna.

Perkara itu disambut oleh beberapa pengguna lain yang bersetuju dengan komen terbabit.

"Kan... perasan macam sekali imbas mata Lofa. Cantik!

"Itulah, ingat salah masuk profile tadi," puji pengguna lain.

Untuk rekod, Zarina Anjoulie yang lebih mesra dipanggil Anju mendirikan rumah tangga dengan Eliyas pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 2 Mei 2021.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.