Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, seorang jejaka mendakwa seorang wanita yang merupakan penyampai radio sebagai ‘kaki’ dadah jenis syabu dan tidak mengenang budi.

Lelaki tersebut mendakwa penyampai radio itu mula meminta bantuan daripadanya semenjak tahun 2008 selepas bapa saudaranya menghalaunya keluar dari rumah di Kelana Jaya.

Dek kerana kasihan dengan situasi yang menimpa penyampai radio tersebut, lelaki itu dan ibunya yang sedang sakit bersetuju membenarkan wanita berkenaan tinggal bersama mereka pada 2010.

Setahun berlalu, lelaki berkenaan membeli sebuah kondominium dengan menggunakan wang simpanannya dan menamakan wanita tersebut sebagai pemilik rumah itu.

“Dia berjanji akan memulangkan semuanya (rumah) apabila hubungan kami putus,” katanya.

Menurutnya, walaupun sudah menjalinkan hubungan dengan wanita lain pada 2012, lelaki tersebut masih membenarkan wanita berkenaan tinggal di kondominium berkenaan secara percuma.

Jejaka itu mendakwa penyampai radio yang berasal dari Perak ini mengambil dadah jenis syabu pada tahun 2015.

Lelaki itu juga mendedahkan yang penyampai radio tersebut ada hubungan sulit dengan seorang pemain dram sebuah kumpulan rock yang sudah berkahwin serta menjadi pembekal dadah untuk penyampai radio tersebut.

Bimbang dengan keadaan wanita berkenaan yang terlibat dengan najis dadah, dia mahukan rumah tersebut kembali namun tawarannya enggan diterima wanita terbabit.

Lelaki tersebut terus membayar rumah yang bernilai hampir RM600,000 tersebut kepada bank tanpa gagal dan tiada langsung bantuan daripada wanita itu.

Wanita tersebut nekad tidak mahu mengembalikan rumah tersebut dan mendakwa itu adalah hartanya.

“Dia ada buat laporan polis terhadap saya dan tidak membenarkan saya berada dekat dengan ‘hartanya’.

“Ibu wanita itu juga turut membuat laporan polis yang sama berhubung perkara sama,” tulisnya.

Lelaki tersebut mendakwa sudah beberapa kali menghubungi wanita tersebut namun gagal.

“Saya bersumpah perkara yang ditulis adalah benar dan mempunyai saksi,” katanya.

Lelaki itu turut merakamkan video ketika dia sedang ‘berbincang’ dengan penyampai radio tersebut.

Sumber: Mynewshub