gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dikecam Kerana Campak Buku Pada Anak Tiri, Arrora Salwa Tampil Bersuara - “Aku Mak Tiri Bertanggungjawab, Aku Yang Menghadap Dia 24 Jam!”
HIBURAN
Azhar Sulaiman Cadang Naik Taraf Lapangan Terbang Kuantan Jadi ‘Airport In The Garden’ - "Biar Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Di Hawaii"
HIBURAN
Tak Tiup Lilin Ketika Birthday, Netizen Respect Tindakan MK K-Clique - “Padam Guna Tangan Je…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Bekas Vokalis Samsons, Bams Hidap Kanser Kerana Terlebih Bersenam

Maliah Surip
Maliah Surip
20/02/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Bekas Vokalis Samsons, Bams Hidap Kanser Kerana Terlebih Bersenam
Bekas vokalis band terkenal Indonesia, Samsons, Bams baru baru ini membuat pengakuan.
Pelantun lagu Kenangan Terindah itu memberitahu dirinya sempat didignos penyakit kanser. Bukan satu jenis, malah dia didignos dengan dua jenis kanser yang didakwa Bam sebagai sangat jarang menyerang manusia.
Menurut lelaki yang kini berusia 37 tahun itu, dia didignos kanser otot dan kulit sekitar tahun 2020.
"Saya disahkan kena kanser pada tahun 2020 dan saat itu pandemik COVID 19 sudah melanda dunia.
"Bayangkan, saat negara dilanda pandemik, saya kena dua jenis kanser yang menurut doktor sangat jarang menyerang manusia dan perlu menjalani pembedahan.
"Mental saya down. Sebab sehari dimasukkan ke hospital, saya dapat khabar perniagaan yang dijalankan kena tutup kerana tidak mampu bertahan dalam suasana pandemik Covid 19," ujar Bam sewaktu menjadi tetamu Daniel Mananta di akaun YouTubenya, Khamis lalu, seperti dipetik dari Suara.com.
Salah satu alasan dirinya diserang kanser adalah kerana menjalani rutin hidup sihat termasuk terlalu memaksa diri bersenam.
"Saya diserang kanser kerana terlalu over bersenam. Iya, saya memang terlalu push diri bersenam. Dulu berat badan saya pernah mencapai 100 kilogram. Pernah obes. Selain mengamalkan diet yang salah, saya push diri bersenam. Dan itu menyebabkan saya diserang kanser," kata Bams.
Dia juga mengaku sewaktu mendapat tahu dirinya diserang kanser, hanya isterinya, Mikhavita Wijaya dan orang terdekat diberitahu. Bams merahsiakan penyakitnya daripada keluarga.
"Saya seorang yang tertutup dan jarang berkongsi masalah dengan keluarga. Jadi sewaktu didignos kanser dan perniagaan ditutup sekaligus membuat mental saya down, semuanya saya rahsiakan daripada ibu dan bapa.
Namun kata Bams, saat ini kesihatannya jauh lebih baik dan keluarga banyak memberi semangat.
"Jangan bimbang, saya okay sekarang selepas menjalani beberapa siri perubatan," kata Bams.
Instagram: @bams_1606
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kanser kulit
#Bisnes
#Bersenam
#COVID 19
#Kanser Otot
#Over
#Bam Samsons
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement