Gaya Hidup

Bekerja, Bersukan, Berparti Dengan Sekali 'Tap'! Mudahnya Guna Huawei

gempak
Amri Hassan
18/08/2020
04:32 MYT
Sponsor Banner
Bekerja, Bersukan, Berparti Dengan Sekali 'Tap'! Mudahnya Guna Huawei
Tahukah anda dengan hanya sekali sentuh menggunakan peranti mudah alih Huawei, anda boleh menjimatkan masa dalam banyak perkara; bekerja, bersenam, bersukan dan sebagainya.
Ya, dengan ekosistem baharu yang diperkenalkan Huawei, 1+8+N, anda mampu mengawal lapan jenis peranti dengan hanya menggunakan telefon pintar.
PC, tablet, vision, speaker, cermin mata pintar, jam tangan pintar, earbuds malah sistem telematik automobil anda boleh dikawal dengan hanya satu sentuhan.
Berikut merupakan situasi harian yang akan dipermudahkan seandainya anda menggunakan Huawei.
1. Skrin pelbagai
Anda boleh menggunakan P40 Pro dan melakukan kolaborasi skrin pelbagai dengan Huawei Matebook X Pro atau Matepad Pro.
Sekali gus ia akan memudahkan kerja anda dengan paparan imej yang lebih luas pada laptop atau matepad.
Anda juga boleh menggunakan kamera dan mikrofon laptop untuk panggilan video pada telefon pintar selain ber-MEEtime dengan skrin lebih besar dan jelas.
2. Parti dengan Huawei Sound X
Huawei Sound X punyai ciri butang sentuh pada bahagian atas yang memudahkan anda menggunakannya tanpa masalah.
Sentuh saja telefon pintar Huawei anda dan anda akan merasai sendiri pengalaman sisten OneHop Audio Sharing yang dilengkapi model interaktif HopePod dan Allure.
Selepas pasangkan telefon pintar anda dengan Sound X, pembesar suara akan berfungsi sebagai peranti Bluetooth untuk panggilan dan memainkan audio dari telefon anda.
Muzik akan terhenti sendiri apabila ada panggilan masuk dan bersambung sejurus panggilan tamat.
Paling mudah, anda boleh menghentikan seketika pembesar suara dengan hanya meletakkan tangan pada bahagian atasnya.
Bunyinya sangat mengagumkan apabila anda meletakkannya di ruang tamu, bilik tidur atau dapur kediaman anda. Memang umph!
3. 'Tap' je dapat WiFi
Selalu tercari-cari sambungan internet dan lebih leceh apabila ada pula kata laluan? Huawei AX3 akan menyambung anda dengan jaringan internet dengan hanya sekali sentuh!
Hanya sentuhkan telefon pintar Huawei anda pada router wifi AX3 dan anda akan mendapat capaian internet lagi laju berbanding dengan orang lain.
Dengan menggabungkan WiFi AX3 dan Huawei P40 Series, anda dijamin berpuas hati dengan rangkaian dan sambungan internet anda.
4. Dengar muzik dengan Freebuds 3
Pop-up akan muncul apabila anda memasangkan telefon pintar anda dengan Huawei Freebuds 3.
Hanya klik pada pop-up untuk sambungan dan nikmati muzik sepuas hati!
Huawei Freebuds 3 punyai sistem kawalan yang sesuai dengan gaya hidup cergas.
Hanya dua kali 'tap' pada sebelah kanan untuk memainkan atau menukar muzik dan sebelah kirinya untuk fungsi padam atau buka.
5. Pantau kesihatan dengan Huawei Watch GT2
Sambungkan telefon pintar Huawei anda dengan Huawei Watch GT2 dan ia akan berfungsi sebagai jurulatih kecergasan anda ketika bersenam.
Huawei Watch GT2 akan mengesan kadar degupan jantung, tahap tekanan dan merekodkan sesi latihan anda.
Ia dilengkapi dengan 15 modul sukan dan boleh memantau kesihatan anda berdasarkan modul yang berbeza.
Ia juga akan menyediakan analisis data sebelum dan ketika bersukan. Malah, turut memberikan nasihat profesional selepas tamat sesi senaman.
Anda juga tiada masalah untuk mengangkat panggilan telefon atau video ketika di mana-mana pada bila-bila masa.
Malah, Huawei Watch GT2 punyai fungsi kalis air.
Jadi, mudah saja dengan menggunakan peranti mudah alih Huawei. Hanya dengan sekali 'tap', anda boleh kekal aktif dan berhubung dengan yang tersayang pada bila-bila masa.
Pintar Dan Hebat Melalui Kesinambungan hubungan Dengan HUAWEI Share!
Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N, anda boleh klik di sini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live