Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bekerja Keras Sejak Tahun Lalu, Puteri Sarah Anggap Hadiah Kereta Untuk Balas Budi Ibu Bapa - “Mereka Rasa Terharu, Menangis…”

Asyikin Mayudin
26/09/2024 01:55 MYT
Impian pelakon Puteri Sarah Liyana untuk menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta Proton X50 akhirnya tercapai.

Balas budi

Syukur perniagaan yang diusahakan semakin maju, Sarah berkata hadiah itu merupakan penghargaan buat ibu bapanya selain ingin membalas budi mereka.

“Alhamdulillah, perniagaan saya semakin maju. Jadi, saya nak tunjuk penghargaan kepada keluarga saya dan nak balas budi.

“Saya pun nak beritahu kepada semua juga, siapa-siapa yang single mother, atau isteri yang rasa diri tak boleh… sebenarnya mereka boleh bangkit jadi macam saya dan boleh banggakan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: "Alhamdulillah... happy ending," - Puteri Sarah Syukur Syamsul Pulang Ke Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Beri Sokongan Kepada Puteri Sarah Di MLS4, Patimah Ismail Turut Kongsi Rasa Syukur Syamsul Yusof Kini Kerap Pulang Ke Rumah - “Lepas Kerja, Biasanya Dia Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

“Dapat gembirakan anak-anak… saya pun baru balik dari bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Alhamdulillah, ini rezeki saya,” kata Sarah kepada Gempak.

Terharu & menangis

Simpan impian sejak tahun lalu, Sarah memberitahu ibu bapanya terharu sehingga mengalirkan air mata ketika menerima hadiah tersebut.

“Mereka rasa terharu sehingga menangis. Sebab mereka rasa macam ‘kenapa saya nak bazirkan duit’. Tapi saya rasa itu bukan bazirkan duit tapi lebih kepada beri penghargaan yang tak seberapa untuk ibu bapa saya.

“Sebenarnya dari tahun lalu dah saya simpan impian itu, bekerja keras untuk simpan duit dan Alhamdulillah impian tercapai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, perkongsian Puteri Sarah menghadiahkan sebuah kereta Proton X50 buat kedua ibu bapanya menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah dilihat memuat naik hantaran berkenaan serta berharap pemberian tersebut dapat menggembirakan kedua ibu bapanya.

#Puteri Sarah #Hadiah ibu bapa #Ibu bapa Sarah #Kereta proton X50
;