Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Bekerjasama Dalam Drama, Chacha Maembong Terkejut Baca Isu Jay Iswazir & Bekas Isteri - “Tak Kenal Secara Peribadi Tapi…”

Asyikin Mayudin 10/12/2024 | 23:55 MYT
Bekerjasama dalam sebuah drama, pelakon Chacha Maembong bagaimanapun enggan mencampuri urusan peribadi pelakon Jay Iswariz yang kini hangat diperkatakan susulan isu dengan bekas isteri, Azzahra.

Personaliti Jay

Chacha memberitahu sepanjang bekerjasama dia melihat Jay seorang yang menghormati semua orang dan sentiasa dalam dunianya sendiri.

“Saya tak berani nak komen sebab saya tak kenal dia secara peribadi. Tapi bila dia dekat set, dia lain. Saya selesa dengan dia dan dia sangat hormat semua orang.

“Contoh ada babak dengan saya yang memerlukan dia serang saya, dia hormat dan takkan suka hati nak tampar orang. Dia akan minta izin dulu sebelum nak pegang saya.

“Tapi saya tak tahu la sebab kami bekerja dan isu yang berlaku itu di rumah. Dekat set memang tak pernah ada isu, dia seorang yang humble dan jenis dalam dunia dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dedah Pernah Nampak Jay Iswazir & Bekas Isteri Bergaduh, Terkejut Berlaku Depan Mata - “Isteri Dia Drive Sambil Jerit-Jerit…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Karakter Lakonan Kau Tu Adalah ‘The Real You’ - Bekas Isteri Jay Iswazir

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Dedah Jay Iswazir Minta Gugurkan Kandungan, Dibelasah Sejak 3 Bulan Pertama Kahwin Sampai Mahu B*nuh Diri - “Hidup Aku Hancur Sebab Kau”

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah Dengan Apa Yang Terjadi Selama Ini” - Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Jay Iswazir

“Kalau tunggu scene ke apa, dia akan duduk tempat lain. Tak pernah lepak sekali, kalau lepak sekali pun dengan kru lain. Dia memang sangat passion bila berlakon,” katanya kepada Gempak.

Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran trailer, poster dan OST filem Limbunan: Tragedi Hitam 1975 di Bangi Golf Resort, Bangi pada Selasa.

Kelakar & penakut

Tambah adik kepada pelakon Emma Maembong ini, dia hanya melihat personaliti Jay seorang yang kelakar dan penakut namun tidak mengetahui karakternya ketika di luar penggambaran.

“Dia pun seorang yang profesional, rapat dengan semua kru. Dia juga seorang yang kelakar dan dia penakut.. itu yang saya nampak la. Tapi disebalik itu, saya tak tahu la. Kita pun tak borak,” ujarnya.

Kenal Azzahra

Dalam pada itu, Chacha turut memberitahu dia juga mengenali bekas isteri Jay memandangkan mereka pernah bekerjasama dan mengikuti satu sama lain di Instagram.

“Sebenarnya saya agak terkejut juga bila baca isu itu. Ikutkan saya kenal juga bekas isteri dia sebab kami pernah bekerjasama dan kami juga dah lama mengikuti satu sama lain di Instagram sebelum kahwin.

“Saya kenal dua-dua dan sebab itu tak nak berpihak mana-mana. Kalau boleh saya tak nak masuk campur pun urusan mereka. Yang saya tahu, Azzahra sangat baik dan seorang yang soft spoken.

“Begitu juga dengan Jay. Bila jadi macam itu, saya terkejut la. Saya dengan Azzahra pun dah lost contact… tak pernah bertegur biarpun follow each other di IG,” ujarnya.

Azzahra sebelum ini secara terbuka mendedahkan Jay pernah melakukan kekerasan sepanjang mereka bergelar pasangan suami isteri.

Dia bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana bimbang akan menjejaskan nama nama baik Jay sebagai penggiat seni.

Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun mereka bercerai pada 28 Oktober lalu.

#ChaCha Maembong #Azzahra #Jay Iswazir #bekas isteri Jay Iswazir
;