Laman Utama
Belajar Dari Kesilapan Lalu, Nora Danish Bersyukur Gelang Pink Sudah Digunting
Aktres Nora Danish menarik nafas lega sekaligus bersyukur setelah menamatkan tempoh kuarantin kendiri yang dilaksanakan di rumah, semalam.
Nora menamatkan tempoh kuarantin 10 hari setelah disahkan positif selepas menjalani swab test. Oleh kerana tidak bergejala, dia disarankan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Menerusi kemas kini terbaharunya, Nora menyertakan sebuah video pendek gelang pink yang dipakainya sudah digunting, sementara dua video lagi menunjukkan kediamannya sudah disanitasi.
"Alhamdullilah gelang sudah digunting. Terima kasih pada KKM team yang jaga saya selama 10 hari ni. Love u! Rumah pun sudah di sanitise kan," tulis Nora dalam akaun Instagramnya.
Isteri kepada Nedim itu juga dilihat menitipkan pesanan buat diri sendiri dan lebih 7 juta pengikut Instagramnya.
"Now jom #kitajagakita. Jangan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar pada kesilapan lalu. Take care everyone, & stay safe!" tulisnya.
Terdahulu pada 9 Mei hanya beberapa hari sebelum Aidilfitri, Nora mengumumkan dirinya positif COVID 19. Nora mengemas kini Instagramnya dengan perkembangan suami dan anak, Putra Rayqal dan Mohamed Neqayl yang negatif.
Dia juga sempat memuat naik sebuah video menjelaskan dirinya yang sedang menjalani kuarantin di dalam bilik di kediaman.
"Pekerjaan saya memang perlu keluar rumah dan jumpa orang. Jadi saya dah letak dalam mind set redha kalau kena Covid 19.
"Saya tahu bagaimana rasanya peritnya tak dapat bertemu keluarga walaupun hanya dengar suara beberapa tapak.
"Saya kena sentiasa positif dan fight this Covid," ujarnya dalam video yang dimuat naik sekitar seminggu lalu.
Selain Nora, aktres Nabila Huda dan Tiz Zaqyah juga positif COVID 19 dan sedang beransur pulih.
Instagram: @noradanish