Berita
"Belajar Sampai Oversea, Tapi Dalam Diri Kosong ....." - Ini Nasihat 'Makan Dalam' Johan Buat Anak-Anak
Pelawak dan penyampai radio Era, Johan tampil menasihati anak-anaknya supaya sentiasa membaca Al-Quran setiap hari.
Menerusi entri di Instagram Johan dan isterinya, Ozlynn, mereka berkongsi nasihat yang diberikan oleh Johan kepada anak-anak mereka tentang kepentingnan membaca ayat suci Al-Quran.
"Papa cakap dekat semua anak, belajar sampai oversea tapi dalam diri kosong tak guna.
"Pandai banyak bahasa tapi tak tahu bahasa Al-Quran pun tak guna. Nasihat papa tak usah sibuk cari salah orang sampai lupa salah sendiri.
"Kalau Al-Quran makanan hari-hari confirm jadi penyelamat diri bila mati. Tegas dan padu.
"Maka bermulalah kisah subuh anakku dengan Al-Quran. Cuti sekolah kan? Adehhhhh #pedas #ayuhkawan2ig #marimengaji. Nasihat ini lebih buat diri sendiri, kalian jangan terasa hati," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka.
Ada juga memuji cara Johan dalam mendidik anak-anaknya supaya menjadi insan yang berguna.
"@fcapasti2025: Alhamdulillah, peringatan untuk semua parents. Semoga Allah permudahkan urusan anda sekeluarga. Suka tengok family ni."
"@umi84azri: Betul agree sangat kak. Kalau ada degree, diploma tapi perangai nauzubillah tak guna juga. Memang Al-Quran jadikan pedoman baru hidup tenang, relax jer."
"@nikmasitah: Salah 1 sebab I keep on following both of you. Kak Ozlynn & Abang Johan memang best tengok cara korang didik anak. Definitely work is work, family still no.1."
Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.