THE HOUSE 6

Belajar Seni Bina, Suka Luangkan Masa Di Perpustakaan...Mari Kenali Tunku Nadya Khyra

Asraf Aided 17/10/2020 | 13:00 MYT
Program realiti kegemaran ramai, The House akan kembali dengan musim keenam bermula Rabu hadapan.
Ramai yang tidak sabar menunggu untuk melihat bagaimana sosialit terkenal Ezurin Khyra bersama lima cahaya mata serta rakan baiknya, Magie Abang Saufi menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa mereka dalam program ini.
Semalam, Gempak telah memperkenalkan kepada anda cahaya mata sulung Ezurin, Tunku Amaan Khyra.
Hari ini, mari kenali pula satu-satunya puteri dalam adik-beradiknya, Tunku Nadya Khyra.
Tunku Nadya Khyra, gadis berusia 19 tahun ini sedang menuntut dalam bidang Seni Bina di University of Bath, England. Sebelum ini, dia bersekolah di asrama di Cheltenham Ladies College.
Untuk sesi latihan (internship) pula, Nadya telah menjalani latihan di Fosters & Partners, London.
Nadya secara keseluruhan telah tinggal di United Kingdom selama tujuh tahun kerana menuntut ilmu di sana.
Di sebalik kesibukannya menimba ilmu, Nadya mempunyai satu kemahiran iaitu melukis. Gadis ini telah menghasilkan banyak lukisan yang cukup menarik dan dikagumi ramai.
Sebagai seorang pencinta seni, Nadya akan menghabiskan masa lapangnya dengan melawat ke galeri seni dan meluangkan masa untuk membaca di perpustakaan.
Jika anda mahu lebih mengenali Nadya, jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang akan bersiaran selama 10 episod mulai 21 Oktober 2020 di Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Rabu, jam 9.00 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusi menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#The House #Musim Keenam #Tunku Nadya Khyra