Baru-baru ini tular video merakamkan pelakon, Amerul Affendi melakukan tarian Mak Yong.

Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya rakaman tarian Mak Yong itu merupakan salah satu babak dalam filem Hantu Mok Joh.

Menurut Amerul, dia melakukan sesi latihan sebelum penggambaran di mulakan pada hari yang sama.

“Untuk lagu tu saya dah belajar sebelum ini cuma untuk tarian… Memang dah lupa habis. Jadi di ingatkan kembali dekat set penggambaran pada malam itu juga.

“Hanya diambil beberapa bahagian sahaja yang betul-betul pasti dan kemudian kita teruskan penggambaran, maka hasilnya itulah… Seperti seperti anda semua tonton,” ujarnya.

Amerul berkata demikian ketika diminta menggulas mengenai video tular tersebut dalam segmen Gempak Hit Era bersama Isha hari ini.

Selain Amerul Affendi, Isha yang juga merupakan hos Gempak TV bakal menghubungi selebriti untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka untuk segmen Gempak Hit Era.

Dengarkan segmen Gempak Hit Era, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang hanya di ERA.Je

Jangan lupa saksikan Hantu Mok Joh dipawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).

Sinopsis:

Hantu Mok Joh mengisahkan tentang Mok Joh yang mempunyai pelbagai andaian rentetan dari kehilangan Mok Joh.

Antara yang popular adalah Mok Joh mati kerana melanggar sumpah saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun menjadi misteri apabila jenazah Mok Joh tidak tidak ditemui sehingga kini.