Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Belakang Makwe Dating Dengan Orang Lain.." - Netizen Dakwa Safawi Rasid Curang?

Zulaikha Yusof 05/03/2020 | 04:50 MYT
Sejak semalam kecoh di laman Twitter mengenai isu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kemerosotan mendadak pemain sayapnya, Safawi Rasid disebabkan oleh tekanan daripada teman wanitanya, pelakon Syifa Melvin untuk berkahwin.
BACA: "Beri Tekanan Setiap Hari Suruh 'Boyfriend' Kahwin.." - TMJ Dedah Ada Pemain JDT Dipaksa Kahwin Oleh Teman Wanita
BACA: “Dia Tak Perform Atas Padang Tak Kena Mengena Dengan Personal” – Syifa Melvin
BACA: "Saya Minta Maaf!" - Safawi Rasid
BACA: “Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu" - Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup
Belum reda kemelut ini, terdapat seorang netizen yang meluahkan rasa marah terhadap Safawi kerana mengadu kepada majikan mengenai masalah peribadinya.
Tidak cukup dengan itu, individu dengan nama profil @taqqhmd itu turut mendakwa Safawi telah berlaku curang tanpa pengetahuan Syifa.
"B*** la Pawi report dekat boss makwe paksa kahwin. Belakang makwe dating dengan orang lain dekat Banafee Village juga.
"Tu belum yang dekat ruangan DM gadis-gadis lain lagi," dakwanya di Twitter.
Bagai menyimbah minyak ke api!
Rata-rata pengikutnya yang lain turut sama berasa marah dan memberi gelaran kepada pemain bola sepak sebagai kaki perempuan.
Tweet itu telah dikicau semula (retweet) sebanyak 4,700 kali dan mendapat lebih 5,000 likes.
#Safawi Rasid #Syifa Melvin #Curang
;