Siapa pernah mendengar lagu-lagu popular Itik Gembo-Gembo, Berdendang, Darjat, Iyo Ko, pasti mengenali penyanyinya iaitu kumpulan A To Z.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @snowerrewons berkongsi video terkini penyanyi tersebut yang kini ligat menjalankan perniagaan sewa sistem audio dan juga hos.

Lan atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz ditemui dalam sebuah majlis perkahwinan dan ‘belanja’ lagu Itik Gembo-Gembo untuk tatapan peminat.
@snowerrewons

Masih ingat dgn lagu Itik Gembo-Gembo nyanyian A To Z dulu? ? ##CiptaSahabat ##typohabis ##fyp ##foryoupage ##AtoZ ##snowxatoz ##itikgembogembo

♬ Itik Gembo-Gembo - A To Z

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja melihat Lan dengan kesihatan yang baik dengan suara yang tidak berubah.

Mereka juga berpendapat Lan sepatutnya membuat kemunculan semula dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza bagi mengembalikan kenangan lagu-lagu popular A To Z suatu ketika dahulu.

@Halimsyah Imran:AtoZ should join GV..ramai peminat menanti comeback

@MinatoKhusyina:wah....bang....rindunya nak tengok abang nyanyi..Abang masuk tak gegar vaganza 8? Kalau takde saya harap lepas ni abang dapat masuk bang..amin..”

@juliaabdullah:Lan A to Z patut masuk Gegar Vaganza mesti popular kembali macam zaman dulu. Saya rasa umur dia 47 atau 50 kalau tak salah”

@lizasaad1985:lagu abang Lan saya masih zaman kanak-kanak..dan masih ingat lagi arwah ayah saya suka nyanyi lagu ni.. AL FATIHAH untuk arwah ayah”

@Chintahati:aku memang minat gila dengan Lan A To Z ni zaman sekolah dulu..hahaha moment betul masa jumpa depan-depan dekat event kat Shah Alam terus terkedu sebab comel gila”

@inazarina:tunggu bila abang Lan nak masuk Gegar Vaganza.. Lagu A to Z semua best-best”

Selain Lan, dua orang lagi anggota A To Z adalah Jeff yang merupakan abang kepada aktor Shahiezy Sam dan Chap, anak kepada pelakon Shaharudin Thamby.

Sekadar into, Lan berkahwin dengan Siti Nur Ain Daut dan dikurniakan dua anak iaitu Putera Muhammad Darwish dan Puteri Nur Darwisya.