Selain lakonan dalam filem Sangkar, pelakon Remy Ishak juga tampil dalam beberapa babak tidak berbaju menerusi filem Dendam Pontianak.

Memetik laporan HLive, Remy menjelaskan sebab kenapa dia perlu membuka baju dalam filem tersebut.

"Saya harus berbuat demikian untuk penyesuaian watak, saya memegang watak lelaki zaman dahulu yang tinggal di kampung.

"Seperti yang kita tahu, lelaki di kampung terutamanya orang-orang zaman dahulu, kebiasaannya, mereka tidak berbaju ketika berada di rumah.

"Arwah atuk saya juga begitu, jadi agak mustahil untuk saya ubah aspek seperti itu dalam filem lakonan saya,"
ujarnya.

Selain Remy, Dendam Pontianak turut dibintangi oleh Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 12 September ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Dalam filem Sangkar, Remy memegang watak sebagai Johan yang merupakan ahli sukan seni bela diri campuran (MMA).

Filem terbaru arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, Brunei dan Singapura.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).