Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Belanjawan 2021 Dibentang; Mungkin Paling Bersejarah & Harapan Besar Rakyat Terhadap Agenda Kerajaan

Maliah Surip 06/11/2020 | 04:05 MYT
Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada Jumaat, 6 November 2020 bermula pukul 4 petang ini.
Ini merupakan pembentangan belanjawan pertama bagi Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Rakyat mempunyai harapan yang cukup besar terhadap Belanjawan 2021 yang mungkin menjadi paling penting dalam sejarah negara.
Ini kerana negara sedang mengharungi krisis kesihatan yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini, sehingga menimbulkan gangguan besar dalam kehidupan dan mata pencarian segenap rakyat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Antara tumpuan yang akan diberikan dalam pembentangan tersebut adalah agenda kelestarian yang kini menjadi lebih mencabar dalam tempoh pandemik.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada 5 November berkata, pandemik koronavirus (COVID-19) hadir sebagai suatu kesedaran kepada dunia, dan Malaysia perlu memikirkan kembali agenda pembangunannya terutama mengenai kelestarian dan teknologi hijau yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi.
Berikut merupakan fokus pembentangan Belanjawan 2021;
1. Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat
Melindungi golongan mudah terjejas
Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat
2. Memacu Pertumbuhan Ekonomi
Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta
Menjana peluang pekerjaan
Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur
3. Mengupaya Kehidupan Lestari
Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus
Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti
4. Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Awam
Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat
Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara
Sumber: BERNAMA, AWANI
Kredit Foto: Mykmu.net
#Malaysia #Fokus #Belanjawan 2021
;