Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Belanjawan 2023: Perhatian ‘Kaki Branded’, Cukai Barangan Mewah Seperti Jam Tangan & Pakaian Diperkenalkan

Awani
24/02/2023 12:48 MYT
Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan Mewah termasuk membabitkan jam tangan dan pakaian bermula tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Selaras amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan juga katanya akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.

Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini," tambahnya.

Jelas Anwar, ia merupakan pendekatan lebih progresif Kerajaan sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan. AWANI
;