Kehilangan sebutir permata dalam industri hiburan tanah air Sandra Dianne ternyata meninggalkan kesan berbekas dalam hati teman seperjuangan.

Cukup dikenali menerusi lagu berjudul Hey Kau, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, sememangnya memiliki personaliti yang sangat menyenangkan.

Berikut merupakan fakta atau trivia mengenai Sandra:

1.Sandra memiliki suara yang sangat unik dan perkara itu juga diakui oleh penyanyi rap, Benzooloo.

2.Karakter yang bersahaja dan gemar bergurau membuatkan Sandra disayangi peminat dan rakan-rakan.

3.Mungkin ramai yang tidak tahu Sandra merupakan sepupu kepada pelakon Farah Nabilah. Bapa saudara Farah telah berkahwin dengan ibu Sandra, Nor Syakinah.

4. Kali terakhir aktres Farah Nabilah berjumpa dengan Sandra adalah pada majlis perkahwinannya pada Disember tahun lalu.

BACA: Farah Nabilah Jumpa Sandra Kali Terakhir Masa Hari Pernikahan

5.Sandra juga menguruskan perniagaan ikan masin sebagai sumber pendapatan sampingan selain aktif menulis lagu dan bekerja dibelakang tabir.

6.Sangat menyanjungi dan menyayangi ibunya, bahkan ketika Gempak bertemunya suatu ketika dahulu, reaksi wajah Sandra pasti ceria jika berbicara mengenai Nor Syakinah.

7.Tidak mudah putus asa. Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga membuatkan Sandra serius dalam memajukan karier nyanyiannya dan tampil menerusi single terbaharu berjudul Tulus sekitar 12 Mac lalu.

8.Sandra dilahirkan pada 16 September 1994 dan bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke-26 pada Rabu depan.

9.Menurut coretan ibunya di laman Facebook, Sandra seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan sejak kecil.

10.Sandra juga gemar menyanyi di setiap penjuru rumahnya.

BACA: “Empat Hari Lagi Birthday Kakak, Bayangkan Kesedihan Mama” - Ibu Kongsi Detik Melahirkan Sandra Dianne

11.Bakat Sandra mula dicungkil menerusi program Mentor Lagend 2014, Dayang Nurfaizah merupakan mentornya.

12.Sandra merupakan peserta Big Stage 2020 dan paling akrab dengan Farisha Iris.

Terdahulu, Sandra telah menghembuskan nafas terkahir pada 11 September, jam 1 pagi, selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

BACA: Bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne Meninggal Dunia

Pada Sabtu, Sandra terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan menghadiri sesi latihan.