Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Beli Barang Dalam Dua Jam, Ingkar Arahan Kena Tembak!” - Bapa Aril Kongsi Pengalaman Darurat 13 Mei

Mya Amri 20/03/2020 | 13:21 MYT
Penyanyi Aril Pilus berkongsi pengalaman bapanya ketika berada dalam tempoh darurat sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.
Bapanya menceritakan kisah tersebut melalui video yang dimuat naik Aril menerusi ruangan IG TV miliknya semalam.
Video berdurasi 6:46 saat itu menyaksikan bapanya mengimbas kembali keadaan terpaksa dilalui sekiranya ingkar dengan arahan yang diberikan pada ketika itu.
“Musim2 #Covid19 dan perintah kawalan pergerakan ni, aku share sikit cerita bapa aku yang dulu pernah lalui perintah berkurung, lockdown atau lebih senang sebut darurat masa 13 Mei dulu.
“Apa jadi kalau tentera ambil alih untuk mengawal keselamatan malaysia? Sekadar perkongsian ok! Dengar lah baik-baik, yang baik kita jadikan pedoman, yang tak baik kita jadikan sempadan.
“Video amik hari ini, tapi aku balik kampung sebelum perintah kawalan pegerakan ya, jangan salah faham, sekarang dah di rumah KL,” tulisnya.
Di bawah merupakan video penuh pengalaman bapa Aril:

Musim2 #Covid19 dan perintah kawalan pergerakan ni, Aku share skit story bapak aku yg dulu pernah lalui perintah berkurung, lockdown atau lebih senang sebut darurat masa 13 may dulu. Ape jadi kalau tentera ambil alih untuk mengawal keselamatan malaysia? Sekadar perkongsian ok! Dengar la baik2, yang baik kita jadikan pedoman, yg tak baik kita jadikan sempadan . P/s : video amik arini, tapi aku balik kampung sebelum perintah kawalan pegerakan ye, jangan salah faham, sekarang dah di rumah KL.

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus) on

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
#Penyanyi #Penyanyi #Aril Pilus
;