Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Beli Daging Halal & Sedekah Makanan Kepada Anak Yatim" - Eleena Sui 'Back Up' Alicia Amin - "Jawablah Di Akhirat Nanti"

Zulaikha Yusof 17/06/2020 | 07:56 MYT
Pengacara dan pelakon, Eleena Sui tampil mempertahankan pelakon dan model Alicia Amin selepas segelintir pengguna media sosial melabelkan makanan yang dijualnya tidak halal.
BACA: Isu Rendang Ketiak, Alicia Amin Mohon Maaf Soal Kebersihan – “Dah Ambil Suntikan Typhoid, Tangan Bersih Basuh Berulang Kali”
BACA: "Nanti Duit Dia Dapat Buat Tatu" - Netizen Boikot Rendang Alicia Amin, Dakwa Tak Halal?
Menurut Eleena, daging yang digunakan Alicia itu halal kerana dibeli daripada pembekal yang dipercayai di Instagram (IG) dan Pasar Chow Kit.
"Sumpah aku nak tergelak bila benda ni jadi. Sampai macam ni sekali ya mentaliti melayu kita? Okay bab penyediaan tu aku memang tak nak sentuh. Btw Alicia beli daging daripada pembekal yang dijamin HALAL. Mana aku tau?
"Nah aku bagi bukti sekali. Dan alang alang aku boleh promote. Kalau tak caya halal ke dak, boleh mai singgah Pasar Chow Kit. Jawab lah korang di akhirat nanti," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pendedahan itu dibuat menerusi laman Twitter miliknya dengan disertakan 'screenshot' perbualan Alicia ketika membuat tempahan daging.
Sementara itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot turut mendedahkan kebajikan yang dilakukan Alicia yang tidak dikongsikan kepada khalayak ramai.
"Ni lagi satu, dia juga sedekah kepada anak yatim seramai 100 pax, kau hado? Tulah, jangan dok kutuk je reti. Tengok diri sendiri dulu ya tuan tuan dan puan puan," tulisnya lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Daging #Alicia Amin #Eleena Sui #Rendang #Halal
;