Beli Jam Bernilai Setengah Juta, Bekas Pembantu DSV Sengaja Tayang Mewah? Tak Sensitif Ketika Pandemik?
29/08/2021 02:00 MYT
Isu tersebut dikatakan tercetus selepas Iqbal memuat naik sebuah video dia membeli dua jam jenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota, baru-baru ini.
Susulan itu, Iqbal terus dihimpit pelbagai kecaman daripada netizen hingga ada yang mendakwa dia sengaja berlagak mewah.
Tampil menjelaskan kontroversi berkenaan, Iqbal akui dia telah membeli dua jam masing-masing bernilai RM400,000 dan RM150,000.
“Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf melayannya.
"Saya menerima kecaman bertalu-talu oleh netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.
"Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.
"Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial," katanya.
Tegas anak ketiga daripada lapan beradik dari Pasir Mas, Kelantan ini, dia sebolehnya mahu menyembunyikan 'kemewahan' yang dimiliki.
"Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak.
“Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.
"Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang,” katanya.
Terdahulu, Iqbal mencuri tumpuan ramai dikatakan sedang hangat bercinta dengan Vida.
Dia kemudian memperjelaskan situasi hubungannya dengan usahawan berusia 49 tahun itu sebenarnya agak merumitkan.