Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
ANTARABANGSA

Beli Kenderaan Toyota Dalam Talian, Bayaran Bulanan Yaris Bermula RM538 Sebulan

Erywan 15/04/2020 | 04:36 MYT

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan bulan lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melancarkan Bilik Pameran Dalam Talian untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan bagi model baharu Toyota.

Kini, pelanggan yang berminat untuk memiliki kenderaan Toyota hanya perlu mengikut langkah mudah dengan perlu melayari laman sesawang tyt.my/online-showroom.
Selepas mengisi beberapa maklumat, penasihat jualan seterusnya akan menghubungi anda untuk tindakan susulan. Ternyata, cara yang disediakan adalah cukup mudah dan menyenangkan lebih-lebih lagi ketika negara ini mengalami masalah pandemik Covid-19.
Selain itu, ini tawaran menarik yang disediakan oleh UMWT bagi beberapa model keluaranya.