Beli Popia Inti Hangus, Netizen Hampa Dengan Sikap Tak Jujur Peniaga Bazar Ramadan - “Nanti Boikot Kata Kita…”
Firdaus
16/03/2024 22:55 MYT
16/03/2024 22:55 MYT
Isu peniaga tidak jujur di bazar Ramadan bukanlah sesuatu subjek yang jarang-jarang berlaku pada waktu sekarang.
Terbaharu, seorang individu melampiaskan rasa kecewa apabila isi dalaman popia bersira sambal yang dibelinya tidak seindah yang disangka.

BERITA TRENDING: Tetap Solat Walaupun Tak Miliki Fizikal Sempurna, Lelaki Ini Buat Ramai Netizen Tersentuh - “Sangat Luar Biasa…”
Menerusi muat naik di Platform X, dapat dilihat inti sayur-sayuran yang diisi di dalam popia tersebut berwarna hitam kerana digoreng sehingga hangus.
Perkongsian itu meraih perhatian wargamaya di mana ada segelintir berkongsi pengalaman serupa dan ada juga yang mengkritik sikap peniaga bazar yang tidak jujur dalam melakukan urusan jual beli.
“Baru kena tadi, separuh dah siap telan dah kenapa pahit. Tak tahu lah bazar sama ke tak,”
“Inti hangit sebab digoreng semula. Untuk cover, dia buat popia sira. Keji betul,”
“Menyirap betul, kadang yang jual tu sebelum ni tak pernah meniaga pun, masa ramadan ni lah sibuk nak meniaga. Bayangkan kita beli kuih nak berbuka, tapi tak boleh makan, sudahnya buang dalam tong sampah,”
“Jangan beli dah. Yang jual orang kita, yang beli pun orang kita. Nanti boikot kata kita tak support sesama bangsa.”
Sekadar info, tiada informasi tentang lokasi bazar di mana popia itu dijual.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih hampir 300,000 tontonan dan lebih 300 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Baru kena tadi, separuh dah siap telan dah kenapa pahit. Tak tahu lah bazar sama ke tak,”
“Inti hangit sebab digoreng semula. Untuk cover, dia buat popia sira. Keji betul,”
“Menyirap betul, kadang yang jual tu sebelum ni tak pernah meniaga pun, masa ramadan ni lah sibuk nak meniaga. Bayangkan kita beli kuih nak berbuka, tapi tak boleh makan, sudahnya buang dalam tong sampah,”
“Jangan beli dah. Yang jual orang kita, yang beli pun orang kita. Nanti boikot kata kita tak support sesama bangsa.”
Sekadar info, tiada informasi tentang lokasi bazar di mana popia itu dijual.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih hampir 300,000 tontonan dan lebih 300 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
#Viral
#Ramadan
#Netizen
#Makanan
#Bazar
#Berniaga
#Bazar Ramadan
#Tipu
#Scam
#Boikot
#Peniaga
#Pelanggan