HIBURAN
“Beli Rumah Dulu, Kahwin Tu Nanti Lah” – Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani, 19, menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri.
Menurut Ismail, dia mempunyai perancangan untuk membeli rumah pada tahun ini.
“Insya-Allah, saya target mahu membeli rumah terlebih dahulu. Bagi saya itu lebih penting, kalau boleh tahun ini.
“Hal-hal yang berkaitan dengan jodoh atau perkahwinan itu nantilah, kalau ada rezeki. Tak mahulah kahwin terlalu awal, biar saya kumpul apa yang perlu.
“Dengan usia yang begini rasanya adalah lebih baik saya menggunakan masa yang ada ini untuk membina kerjaya terlebih dulu.
“Saya mahu kekalkan momentum untuk fokus dalam karier selain mengumpul harta untuk kesenangan masa hadapan,” ujarnya.
Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun dan menjadi fenomena selepas single pertama berjudul Sabar hasil ciptaannya bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn menjadi hit.
Ismail juga merupakan anak kepada penyanyi yang popular pada tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.
Must-Watch Video