BERITA
Beli Vivo V15 Blossom Pink, Dapat Baucer Simplysiti!
Peranti kelas pertengahan terbaru daripada Vivo iaitu Vivo V15 Blossom Pink telah dilancarkan secara rasmi oleh Vivo Malaysia untuk pasaran tempatan.
Telefon pintar edisi terhad ini akan mula dijual pada 18 Mei depan dengan harga RM1,299 seunit.

Istimewa lagi buat 1,000 pelanggan Vivo V15 Blossom Pink terawal, mereka akan membawa pulang baucar SimplySiti bernilai RM50 yang juga boleh digunakan untuk membeli produk terbaru, SimplySiti Red Collection.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Muke Xu berkata penjualan siri Vivo V15 sebelum ini berjaya selepas menggangkat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta telefon pintar tersebut.
“Kami sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat peminat dan pelanggan kami supaya mencapai kepuasan yang dikehendaki.
“Malah kami tidak nafikan kejayaan ini juga disebabkan penglibatan dan promosi daripada Siti Nurhaliza dan peminatnya. Kami harap kerjasama ini akan diteruskan,” katanya.

Ia juga memuatkan bateri sebesar 4,000mAh dengan teknologi Dual Engine Fast Charging disamping cip pemproses MediaTek Helio P70. Edisi ini hanya didatangkan dengan satu pilihan memori sahaja iaitu 6GB RAM dan 128GB storan.
Must-Watch Video