Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Beliau Pemaaf, Punya Kesabaran Tinggi" - Afdlin Shauki Yakin Anwar Ibrahim Mampu Pulihkan Ekonomi Negara!

Izwan Isa
28/11/2022 06:50 MYT

Pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai figura yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan juga bersifat pemaaf.

Ujar Afdlin, tidak ada individu seperti Anwar dan disebabkan hal itu, rasa kagum terhadap beliau tidak pernah meluntur.

“Selain mempunyai sikap pemaaf, beliau memiliki tahap kesabaran yang sangat luar biasa. Mana ada individu yang mudah untuk memaafkan orang pernah masukkan dia ke dalam penjara? Tapi Anwar bukan begitu.

"Akhlak beliau membuatkan kita rasa kagum. Itulah dia Anwar Ibrahim," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai harapan Afdlin terhadap pelantikan Anwar sebagai perdana menteri, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Soal Hati itu berkata, dia yakin sektor ekonomi dapat dipulihkan di bawah kepimpinan baharu ini.

“Paling penting dia akan cuba buat adalah perbetulkan ekonomi. Saya yakin akan ada satu kenaikan dalam ekonomi negara kita supaya rakyat tak susah sangat.

“Tapi kita kena ingat yang ekonomi tidak akan elok dalam masa semalaman. Perlahan-lahan, sebab dia perlu lalui proses. Kita harap semua orang akan sabar, macam dia sabar 14 tahun,” katanya lagi.

Terdahulu, Afdlin sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1 April 2021. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Anwar dakam sebuah program di Ampang.

Selain itu, Afdlin juga pernah bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa pada tahun lalu, namun tewas dengan Ahli Parlimen Setiawangsa ketika itu, Nik Nazmi Nik Ahmad

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Afdlin Shauki #Perdana Menteri #Anwar Ibrahim
;