Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Belikan Motor Lebih Mahal Untuk Abang Rider, Aisar Khaled Teruk Dikecam Netizen

Izwan Isa
14/09/2023 03:50 MYT
Seorang penghantar makanan viral di media sosial selepas rakaman penyitaan motosikal miliknya yang digunakan untuk menghantar makanan semalam.

Rakaman tersebut menjadi bualan netizen selepas kelibat penghantar makanan itu dilihat berjalan kaki meninggalkan lokasi motosikalnya disita, sambil menggalas beg tempat meletak makanan.

DIfahamkan, motosikal milik lelaki tersebut disita oleh pihak berkuasa kerana tidak memperbaharui cukai jalan.
undefined
Susulan daripada itu, ramai yang dilihat ingin menghulurkan bantuan, antaranya pelakon muda, Aisar Khaled.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aisar berjaya bertemu dengan lelaki tersebut dan melunaskan hasrat menghadiahkan motosikal baharu kepadanya.

Selain menghadiahkan sebuah motosikal, Aisar turut menghulurkan bantuan kewangan kepada penghantar makanan berkenaan.

Sungguhpun ramai memuji tindakan Aisar, namun, ada dalam kalangan netizen yang menganggap bantuan tersebut sebagai keterlaluan.





Ada yang menyifatkan Aisar sengaja berbuat demikian demi content, dan ada juga yang berpendapat Aisar sepatutnya memperbaharui cukai jalan penghantar makanan itu, bukan membelikan sebuah motosikal baharu.

BACA: Aisar Khaled Buat Hal Lagi… Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

BACA: “Biarkan Dia Membusuk Dengan Kebodohan Dia” - Netizen Makin Meluat Tengok Perangai Aisar Khaled Di Media Sosial​

#Rider #Aisar Khaled