Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bell Ngasri Tak Sangka Terima Anugerah Istimewa Stesen Radio Nombor 1 ERA

Gempak
21/07/2023 09:50 MYT
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri atau nama sebenar Ngasrizal Ngasri akui tidak menyangka selepas menerima anugerah khas daripada stesen radio nombor 1 satu Malaysia ERA.

Anugerah tersebut dedikasi khas buat Bell selepas sekian lama terlibat dalam industri seni hiburan tanah air sejak diusia kanak-kanak dan bertahan sehingga kini.  

“Saya ingatkan saya dijemput ERA untuk menghiburkan penonton tetapi rupa-rupanya saya mendapat pengiktirafan istimewa.

“Saya dengan ERA ini lebih kepada urusan kerja untuk rakam suara latar iklan di radio.

“Tapi hadiah wang tunai RM1,000 yang diterima saya bagi anugerah ini, lebih tinggi daripada bayaran rakaman suara latar tersebut.

“Apa-apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan ERA dan rakan-rakan penyampai radio yang sudi beri pengiktarafan ini.

“Saya amat bersyukur dan tidak mampu membalas jasa mereka yang sentiasa menyokong saya tidak henti-henti sepanjang saya bergelar anak seni,” kata Bell di Malam Healing ERA di Kolej Polytech Mara Bangi, Selangor. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Malam Healing ERA dihadiri lebih 500 pelajar KPTM yang turut mempersembahkan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air.

Antara penyanyi yang membuat persembahan termasuklah Nabila Razali, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Fieya Julia, Amir Jauhari dan Saixse.

Persembahan nyanyian tersebut boleh ditonton semula menerusi platform Youtube Rasmi eradotjer.
Untuk perkembangan terkini berkaitan dengan stesen radio ERA boleh follow kami di tik tok rasmi era.je.
#Pelawak #Era FM #Radio #Bell Ngasri #Anugerah