Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberi peringatan kepada segelintir pihak yang suka bertanyakan soal anak kepada pasangan yang belum mempunyai zuriat supaya menjadi lebih sensitif dan peka.

Menurut Bella, 26, seeloknya hanya mendoakan kerana khuatir topik itu mungkin telah mengguris hati tanpa disedari.

"Orang luar pun kalau jumpa saudara atau kawan-kawan yang belum punya zuriat tak perlu lah tanya berulang kali takut ada hati yang terguris kerana kita tak tahu perjuangan mereka macam mana.

"Doakan dalam diam adalah lebih baik. Dan hargailah kepunyaan yang kita ada terlebih dahulu.

"Sentiasa bersyukur, selebihnya serahkan kepada-Nya.

"He knows best. Masa akan tiba. Trust him," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mendoakan agar pasangan yang sedang menanti zuriat tidak berada dalam keadaan tertekan.

"Saya doakan untuk semua pasangan yang sedang berusaha dan sedang menantikan zuriat dikurniakan zuriat yang sihat dan walafiat dan comel-comel tak lama lagi. Insya-Allah.

"Jangan stress. Jangan terlalu fikir sangat. Jalani hidup ini dengan ikhlas dan reda.

"Jangan putus harapan, percaya dengan perancangan Allah swt," tulisnya lagi.



Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.