Berita
Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru Demi....
Pelakon Bella Astillah berkongsi berita gembira apabila hasratnya untuk memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai satu keperluan buat keluarganya tercapai.
Menurut Bella, dia mahu memiliki kenderaan baharu demi memastikan keselesaan ahli keluarganya yang kini sudah semakin membesar.
"Sejak saya mengandung baby Ara hari itu, saya terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil sata. Saya buat keputusan untuk memiliki sebuah kereta baru untuk keselesaan anak-anak.
"Lagi-lagi saya kalau pergi mana-mana suka bawa keluarga sampaikan bekas kawan baik saya cakap yang saya ini suka angkut keluarga atau satu kampung sana sini," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Bella turut berkongsi gambar dirinya bersama kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang sudah dimilikinya.
Menurut Bella lagi, dia akui apa yang dilakukannya itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang digalasnya sebagai anak sulung.
"Bila dengar (suka angkut keluarga) tu tak rasa marah pun tetapi saya bangga kearan saya masih ambil berat ibu bapa saya dan adik-adik walaupun sudah berumah tangga.
"Memang dari dulu memang macam tu sebab saya ni anak sulung dan sampai bila-bila pun akan kekal macam tu, Insya-Allah.
"Terima kasih suami, mama dan ayah yang selalu doakan saya dan bagi semangat. Alahmdulillah, rezeki anak-anak saya," kongsinya.
Di ruangan komen, rata-rata bangga dengan niat murni Bella yang sentias mahukan yang terbaik buat keluarganya.
"Betul tu anak sulung memang tanggungjawab banyak dan besar walau dah ada keluarga sendiri pun dia tetap nak bawa selalu utama bagi sama rata dengan ibu bapa dan adik-adik,
"Alhamdulillah, niat baik, Allah permudahkan urusanmu.
"Tahniah Bella, Bangga dengan awak, tak bergantung hidup dengan orang," tulis sebahagian netizen.
Saksikan drama lakonan Bella Astillah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!