Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bella Astillah Lega Bebas COVID-19

Fiza Kamarudin 19/04/2020 | 10:08 MYT

Pada Rabu lalu Bella Astillah telah disahkan negatif wabak COVID-19 selepas membuat saringan di sebuah pusat perubatan sebelum itu.

Menurut laporan portal mStar Online, Bella membuat keputusan untuk menjalani ujian saringan kerana mengalami demam dan batuk serta tidak sihat badan.

“Hari pertama rasa badan tak sihat, saya pergi klinik menjalani pemeriksaan dan buat saringan COVID-19.

“Alhamdulillah, saya negatif COVID-19 dan kembali ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mendapati saya hanya demam biasa.

“Cuma tekak saya merah dan bengkak kerana ulser, mungkin kerana batuk,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bella kini sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Tenang.

Tenang merupakan lagu hasil ciptaan Audi Mok terbitan dan edaran Universal Music yang berkisarkan tentang perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan tidak berputus asa.

Esok, Bella Astillah akan bersama Gempak dalam segmen #ArtisDudukDiam di IGLive pada jam 3 petang.

#Bella Astillah #COVID-19 #ArtisDudukDiam
;