Hiburan

Bella Astillah Pernah 'Review' Akaun Scammer, Peminat Ngadu Ditipu

gempak
Zulaikha Yusof
02/09/2020
05:22 MYT
Sponsor Banner
Bella Astillah Pernah 'Review' Akaun Scammer, Peminat Ngadu Ditipu
Pelakon Bella Astillah mendedahkan dia pernah ditipu sejumlah wang yang nilainya mencecah ribuan ringgit oleh kawan baik sendiri.
Menurut Bella, walaupun bernasib malang, namun dia bersabar dengan dugaan yang menimpa.
"Dulu saya pernah kena tipu beribu juga, lagi-lagi dengan kawan baik sendiri. Tapi Alhamdulillah doa orang teraniaya Allah s.w.t makbulkan.
"Saya banyak sabar dulu walaupun memang ada rasa kecewa. Tapi berkat sabar dan doa, Alhamdulillah sekarang rezeki yang Allah s.w.t bagi tak putus-putus," kongsinya di Instagram Stories.
Menerusi posting yang berbeza, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mendedahkan dia menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang mengatakan mereka telah ditipu oleh sebuah akaun Instagram (IG) yang dulunya pernah mendapatkan khidmat review dari Bella.
"Saya pernah 'review' sekali sahaja dengan Aries Gadget, masa tu pada bulan 3. Selepas saya buat IG Stories dah dapat merasakan 'something fishy'.
"Dia minta saya buat video dengan Didi nak bayar RM5,000. Tapi saya tak layan, hanya baca. Tak pernah lagi orang paksa untuk buat review, rupanya dia 'scammer'.
"Saya kesian ramai sangat yang terkena. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Inilah dunia.
"Tapi satu ja kita punya kehidupan ini macam roda sedang berputar. Kadang kita kat atas, kadang kat bawah.
"Orang yang cari rezeki macam ni, rezeki tu tak akan kekal dan mungkin dia akan terkena balik," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live