Bella Astillah Tak Kisah Bawa Watak Penyondol - “Saya Pun Nak Tahu Apa Mereka Rasa…”
Izwan Isa
19/05/2023 07:50 MYT
19/05/2023 07:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak menolak jika ada rumah produksi yang ingin menawarkan kepadanya watak sebagai wanita perampas dalam drama.
Menurut Bella, apabila dia sudah bersetuju untuk serius dalam bidang lakonan, dia perlu bersedia untuk membawakan sebarang watak yang diinginkan oleh produser.
“Sejujurnya, kalau diberikan peluang untuk membawa watak penyondol, saya terima je. Sebab dalam kehidupan kita sehari-hari pun memang ada isu berkenaan wanita yang suka menyondol suami orang.
“Saya terbuka dan tak kisah. Saya ok. Sebab saya pun nak tahu apa mereka rasa… Seronok ke? Sebab bukankah apabila bergelar penyondol ni, kita akan berasa takut dan tak tenang,” katanya kepada Gempak.
Bella berkata demikian ketika ditemui majlis pembukaan cawangan ke-13 pusat karaoke Loud Speaker di pusat beli belah Datum Jelatek semalam.
Ditanya adakah dia tidak gentar jika watak berkenaan memberikan kesan negatif kepada dirinya, Bella berkata, dia harus mencuba pelbagai watak demi melihat keupayaan dan prestasinya dalam bidang lakonan.
“Sesetengah artis takut (bawa watak penyondol) sebab takut orang benci… itu one thing. Tapi ia berlaku sebab lakonannya menjadi.
“Kalau saya dah pilih jadi pelakon, watak apa sekalipun saya akan cuba. Di situ kita akan lalui banyak proses dan pengalaman yang mungkin sebelum ni saya tiada. Kalau tak buat, sampai bila-bila pun saya takkan lalui proses itu,” tutupnya.
Untuk rekod, Bella Astillah pernah mengalami beberapa polemik rumah tangga dengan suaminya, Aliff Aziz sehingga melibatkan orang ketiga.
Bagaimanapun, dia dan suaminya masih mempertahankan hubungan dan kekal bahagia bersama dua cahaya mata Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.