Berita
Bella Dally Sapu Sos Cili Ke Muka Elfira Loy
Pelakon Bella Dally mengimbau kenangan sewaktu mula-mula mengenali Elfira Loy yang kini menjadi sahabat baiknya.
Menurut Bella kenangan yang paling tak dilupa ketika mereka sama-sama berlakon dalam drama Qalesya 2 iaitu babak dia menyapukan sos cili ke muka Elfira.
“Kami berpeluang bekerjasama kembali dalam Qalesya 2 dan di situ lah kami mula rapat.
“Produser dan Elfira sangat membantu saya untuk menjadi seorang yang jahat bagi menghidupkan watak Shakira supaya saya dapat bantu Elfira mendalami watak.
“Ada satu babak tu saya perlu membuli Qalesya (watak Elfira) di kantin. Dia tengah makan seorang diri kemudian saya, Shakira dengan geng kene pergi kepada dia dan tengking-tengking.
“Saya sangat mendalami watak itu, saya ambil sos cili (saya ingat sos tomato) dan sapu ke seluruh mukanya.
“Pengarah kata ‘cut’ je dan Elfira panik sebab pedih! OMG, saya rasa sangat teruk. Saya asyik cakap sorry. Saya tak akan lupakan babak itu.
“Nasib baik Elfira masih nak berkawan dengan saya lepas insiden itu,” ceritanya.
Bella berkongsi kisah tersebut di akaun Insatgram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia bergambar bersama Elfira dan seorang lagi rakan baik mereka iaitu Anis yang juga anak kepada pelakon Datuk Rosyam Nor.
Entri tersebut mendapat perhatian pengiktnya yang merasakan ia sangat lucu.
Must-Watch Video