Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bella Hadid Bangga Bergelar Seorang Muslim Walaupun Sering Dikritik

Rozaimi Zubaidi 04/04/2017 | 10:20 MYT
Model terkemuka antarabangsa, Bella Hadid mengakui bangga bergelar muslim meskipun sering mendapat kritikan daripada orang ramai.
Menurut laporan Paper Magazine, Bella mengakui menentang sekeras-kerasnya tindakan segelintir rakyat Amerika Syarikat yang mengganggap agama Islam sebagai pengganas.
"Saya bangga menjadi seorang muslim kerana ayah saya berasal dari Palestin dan pernah tinggal di Syria serta Lebanon sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berusia 14 tahun.
"Ayah saya seorang yang kuat agama dan dia selalu berdoa untuk kesejahteraan kami sekeluarga.
"Semua orang layak dihormati dan mendapatkan perlindungan tanpa mengira bangsa mahupun agama mereka.
"Jadi tidak adil jika ada orang yang menggangap bahawa agama Islam ini sebagai pengganas," katanya.
Menurut Bella, dia pernah turut serta dalam demonstrasi di jalanan bersama kakaknya, Gigi Hadid pada Februari lalu untuk menentang larangan imigran dari tujuh negara Muslim masuk ke Amerika Syarikat.
#Bella Hadid #Model Antarabangsa
;