Bella Hadid Cacah Tatu Bahasa Arab Sebagai...
Asraf Aided
23/11/2020 14:10 MYT
23/11/2020 14:10 MYT
Supermodel terkenal Bella Hadid mencacah tatu baharu pada bahagian bahu sebagai tanda penghormatan kepada darah Palestin yang ada dalam tubuhnya.
Memetik laporan The News, foto Bella bersama tatu baharunya itu dikongsi oleh pencacah tatu selebriti, Dr. Woo menerusi Instagram pada Ahad.
Tatu yang dicacah pada bahu kanan dan kiri Bella itu merupakan perkataan Arab yang membawa maksud "I love you" and "my love".
Kedua-dua perkataan Arab itu dicacah dalam reka bentuk sederhana tanpa sebarang motif atau corak tambahan.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Dr. Woo meninggalkan respon positif dan memuji rekaan tatu tersebut.
Pemilik nama sebenar Isabella Khair Hadid ini mulai aktif dalam dunia permodelan pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Sumber : thenews.com.pk