Keganasan dan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Palestin terus menerima kecaman dan kritikan dari seluruh dunia.
Salah seorang yang mengutuk keras perbuatan keji Israel yang telah membunuh ratusan nyawa tak berdosa di Palestin adalah model Bella Hadid.
Tidak berselindung, Bella yang merupakan keturunan Palestin memberi soladirati apabila dilihat ikut berarak dalam demonstrasi mengutuk Israel di bandaraya New York semalam.
Model berusia 24 tahun itu dilihat ikut dalam demonstrasi yang berlangsung di jalanan di Bay Ridge di New York dengan memakai gaun tradisional, Keffiyeh dan pelitup muka.
Dia juga dilihat membawa bendera Palestin yang cukup besar sebagai tanda sokongannya terhadap rakyat terutama di Gaza yang kini dihujani dengan serangan bom dari Zionis sehingga mengorbankan banyak nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak kanak.
Selain ikut melakukan demonstrasi jalanan, Bella dan kakaknya, Gigi Hadid turut menggunakan media sosial sebagai platform mereka menyokong Palestin sekaligus mendesak bantuan dan mengkritik Amerika Syarikat yang masih belum bertindak memberi bantuan.
Malah menerusi sebuah video yang sudah dihapuskannya tadi, Bella menangis kerana gagal menahan emosi selepas melihat video dan foto kekejaman yang sedang berlaku di Gaza.
"Saya rasakan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin setiap hari. Menonton video video ini membuat hati saya remuk.
"Anda tidak boleh membenarkan diri menjadi tidak sensitif dengan hanya menonton nyawa manusia diambil begitu sahaja. Tidak boleh.
"Nyawa rakyat Palestin sangat bernilai dan mereka mengambil mereka (nyawa) setiap saat begitu sahaja," katanya seperti dilaporkan TheNews dengan tagar #FreePalestine.
Bella dan Hadid adalah anak dari seorang pelarian Palestin, Mohamed Hadid yang kini menetap di Amerika.
Kredit Foto: TheNews
Maliah Surip
Sun May 16 2021

.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!

“Musnahlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar
Alahai macam mana tu?

“Kesian Anak-Anak Macam Ada Kekurangan” - Polemik Rumah Tangga, Netizen Luah Perasaan Kasihan Pada Anak-Anak Puteri Sarah
Netizen support Puteri Sarah
![[VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000 [VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/anjufe_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Telan’ Belon Air Untuk Kuruskan Badan, Kos Boleh Cecah Sehingga RM18,000
Khabarnya, belon berkenaan mampu buat pemakaiannya berasa kenyang

“Mengucap Panjang Jugak Tengok Video Ni” - Netizen Kritik ‘Kakak Kedai Makan’ Bergambar Mesra Dengan Gerombolan Lelaki?
Netizen terkejut dengan interaksi yang dianggap kurang molek
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Lindsay Lohan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Nelydia Senrose, Suami Tunai Haji - "Ini Anugerah Allah Paling Agung Buat Kami"
Semoga beroleh haji mabrur!
![[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza [VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/tokti-adele-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Mesti seronok tengok dekat-dekat