Bella Hadid Kongsi Foto Tak Bersolek & Menangis, Rupa-Rupanya Ini Yang Dialami Model Terkenal Ini...
Asraf Aided
12/11/2021 11:08 MYT
12/11/2021 11:08 MYT
Model popular, Bella Hadid mendedahkan situasi yang dihadapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dimana ianya berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di media sosial.
Menerusi Instagram, adik kepada Gigi Hadid itu bersetuju dengan kata-kata penyanyi Willow Smith tentang realiti setiap manusia yang ada keunikan tersendiri, pada masa sama mengalami gangguan emosi seperti kerisauan, rasa diri sendiri tidak cukup bagus dan sebagainya.
Kata Bella, perkara sebegitulah yang dialami sejak beberapa tahun lalu, justeru dia menasihatkan mereka yang mengalami sama untuk kuat dan tidak merasakan diri berseorangan.
"Media sosial tidak real, kepada sesiapa yang bertaruh, ingatlah, kadang-kadang anda kena tahu yang anda tidak berseorangan.
"Jadi, daripada saya kepada anda semua, anda tidak berseorangan. Saya sayang anda, saya melihat dan mendengar anda.
"Saya mahu anda tahu, selalunya akan ada cahaya di hujung terowong yang gelap, begitu juga rollercoaster yang juga akan berhenti dari bergerak penuh liku," coretnya.
Dalam entri sama, Bella memuat naik beberapa foto dirinya sedang menangis, tidak bersolek dan lesu, jauh berbeza dengan foto atau video glamournya yang sering dikongsi sebelum ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Bella meninggalkan respon positif dan kata-kata semangat buatnya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!