,
Laman Utama

Bella Hadid Mengaku Bedah Hidung Usia 14 Tahun, Warganet Kritik Ibunya: “Dia Ada Tempat Khas Di Ner*ka”

Maliah Surip
17/03/2022
14:55 MYT
Supermodel Bella Hadid akhirnya mengaku pernah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya.
Dia yang sebelum ini selalu menafikan telah mengubah bentuk wajahnya mengaku melakukan pembedahan pada bahagian hidung. Meski demikian, Bella mengatakan dirinya sangat menyesali perbuatan tersebut.
“Saya mengubah bentuk hidung pada usia 14 tahun. Dan itu adalah perbuatan yang sangat saya sesali.
“Saya sepatutnya membiarkan ia. Itu (bentuk hidung) adalah leluhur saya,” akui Bella dalam temubual bersama Vogue.
Pengakuan model berusia 25 tahun itu kemudian mendapat reaksi yang beragam dalam kalangan warganet. Ramai yang terkejut Bella melakukan pembedahan plastik pada usia remaja iaitu 14 tahun.
Hal itu membuatkan warganet menyalahkan dan mengkritik ibunya,Yolanda yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
“Wanita ini layak masuk ke neraka atas perbuatannya,” cuit seorang pengguna di Twitter lapor Dailymail.uk.
Seorang yang lainnya pula menulis: “Anda terlalu muda untuk melakukan pembedahan plastik pada usia 14 tahun. Yolanda tidak layak memiliki anak!”
“Bella Hadid melakukan pembedahan hidung pada usia 14 tahun? Yolanda mempunyai tempat khas di neraka,” tulis yang lain pula.
Sementara itu dalam temubual sama, Bella menafikan dirinya pernah melakukan lip filler dan eye lift.
“Mari akhiri spekulasi ini. Saya tidak pernah menggunakan filler.Tapi saya tidak ada masalah dengan siapa yang ingin atau telah menggunakannya,” kata adik Gigi Hadid tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Unitar