HIBURAN

Bella Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah

Gempak 19/03/2025 | 01:40 MYT

Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu, mencuri perhatian ramai apabila selebriti itu dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella hadir

Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.

"Saya terhutang budi dengannya," kata ahli politik itu ketika sidang media.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.

BERITA TRENDING: Keputusan Rayuan Syed Saddiq Jel Tujuh Tahun, Dua Sebatan, Denda RM10 Juta Diketahui Esok

BERITA TRENDING: "Doa Orang Ramai Mengiringimu, Syed Saddiq" - Bella Astillah

Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sumber: Sinar Harian

#Mahkamah #Bella #Syed Saddiq #Astillah